Pages

Followers

Friday, 1 April 2011

pindah

sekarang ni memang musim orang pindah kat Jepun ni. kat tempat aku la khasnya. semalam saja aku tolong senior2 aku pindah rumah. semua sekali 3buah rumah. barang2 dorang plak mengalahkan family pun ada jugak. serius banyak gila!! part paling aku malas nak tolong masa nak angkat peti ais dan mesin basuh. serius berat gila! dah la peti ais lagi tinggi dari aku. rasa cam nak patah pinggang je masa angkat tu. haha.

bukan aku nak merungut, juz nak kongsi je susah senang tolong orang pindah barang ni. hehe. tapi ok jugak la, dapat la aku senam sikit. takda la terperap dalam rumah cuti2 ni. lagipun cuti dah nak habis, so hujung2 cuti ni takleh sangat biar badan ni malas2. nanti masa start kelas pun nanti badan ni jadi malas lagi. hehe.

aku pun rasa cam nak pindah rumah baru jugak coz aku jumpa rumah yang lagi besh dan lagi murah dari rumah aku sekarang ni. haha. tapi tak sure lagi nak pindah ke tak coz kena bincang dengan kawan aku tu. dia tak balik lagi. tapi fikir2 balik rasa malas la plak nak pindah2 ni. kat Jepun ni setiap kali pindah kena pi City Hall untuk inform kat dorang yang kita ni dah pindah. ntah apa2. haha.

baru2 ni aku pi tengok result exam aku yang hari tu. alhamdulillah result aku ok. risau jugak kalau2 ada yang kantoi, dah takleh nak naik 3rd year. dah masuk 3rd year nanti makin busy la aku jawabnya. dan kawan2 aku mungkin bertambah. hehe. dah 3rd year nanti akan ada budak Malaysia dari Kosen (lebih kurang cam politeknik ar kat Malaysia) datang universiti aku ni. so, pas ni takla aku study sorang2 pas ni. ada jugak geng nak study skali. haha.

tapi lain plak pasal budak 1st year. gara2 pasal gempa bumi dan tsunami hari tu, kerajaan Malaysia hantar dorang lambat sebulan. kan dah susahkan orang2 kat sini. dah la nanti kena bawa dorang pi Shiyakusho (City Hall) la untuk settlekan dokumen2 dorang. pas tu kena bawa pi bank jugak untuk wat akaun dorang. memang menyusahkan! haha. dan masa dorang datang tu Uni aku ni dah mula sem baru lebih kurang seminggu lebih. banyak jugak la yang dorang terlepas nanti. tapi takpe la, dorang dah besar. pandai2 la berdikari. haha.

p/s : really mish my senpai, Bachik and Aisha. dorang dah grad dan nak balik Malaysia dah. rindu nak kutuk2 Bachik dan rindu nak gurau2 dengan Aisha. haha. hope they have a better life from now on.


HOME | FACEBOOK | FLICKR | TWITTER | ASK ME

3 comments:

farrazswift said...

bgtau la result tu.x kn bgtau ok je kot...straight As la tu kan..eh,jgn ckp mereka2 menyusahkan..one day,they might be the person who'll help you when u really need some helps..who knows kan...haaa kan dah kena ceramah

Hzwan Hammad said...

haha. xckp pn mnyusahkn. ckp pnt je tolg agkt brg bsar2. haha.

mls la gtau rslt. besa2 ja pn. haha

farrazswift said...

biasa awk tu luar biasa...orang pandai la katakan~~~

jgn merungut ye..ikhlaskan hati..baru dapat reward..kalau tak,penat je tolong xdpt apa2..ok..ceramah lagi