Followers

Wednesday, 25 April 2012

jumpa Datuk

semalam masa dalam bilik lab, labmate aku yang juga merupakan budak Malaysia excited sangat nak pergi dinner dekat Nagoya pasal Datuk Mukhriz Mahadhir datang Nagoya. pasal dia perempuan so dia pun mintak la aku tolong temankan dia kejap pasal nanti balik lewat malam naik tren macam tak elok plak.

so aku pun fikir pasal nak teman dia aku pun ikut la dia so nanti aku pun leh la jumpa Datuk Mukhriz tu sekali. tapi dah pasal last minute, aku mintak dia tanyakan kawan dia yang kat Nagoya tu boleh tak kalau aku nak join sekali. kawan dia cakap takpe. so aku pun join jugak la. tapi bila fikir-fikir balik aku terlupa yang aku takda baju kot semua tu. pasal dia cakap kena berpakaian kemas dan lebih baik kalu pakai kot. satu-satunya kot yang aku ada ialah kot JPA yang sebelum nak fly tu. dah lama tak pakai aku rasa dah tak muat dah. pakai pun sekali je sebelum fly hari tu. last- last aku pakai baju kemeja putih, seluar jeans dan jaket hitam.

sampai ke kami kat restoren tu, tengok semua orang tengah busy makan dan borak-borak dengan pegawai yang datang jugak. so dah datang lambat, kami pun dapat la duduk kat meja belakang sekali. kebetulan memang tinggal dua seat terakhir. lepas duduk tu terus kami order air dan terus dapat makanan pasal malam tu makanan memang dah fixed so tak boleh nak mintak lebih-lebih. tapi still puas hati pasal makanan dorang memang sedap habis. pasal makanan je aku rasa berbaloi dah datang jauh-jauh. haha

lepas makan-makan, dorang pun nak balik, masa tu baru la aku sempat mak borak-borak dengan Datuk Mukhriz pasal meja aku kat belakang so orang memang tak perasan kewujudan kami. haha. banyak jugak yang kami bualkan dalam waktu yang singkat tu. siap sempat ambil gambar lagi. pengalaman yang tidak boleh dilupakan!

me with Datuk Mukhriz


HOME | FACEBOOK | FLICKR | TWITTER | ASK ME

Tuesday, 24 April 2012

tema

hari ini bakal mengubah hidup aku untuk satu tahun akan datang. kenapa aku cakap macam tu? petang tadi aku baru je dapat tema lab yang aku buat selama lebih kurang 7bulan sebelum aku kena buat presentation untuk grad nanti. dah la masa dapat tu pun sensei aku macam bagi on the spot. so macam terkejut jugak ar.

tema aku ni baru, takda senior yang buat tema sama macam aku ni. so, memang aku belajar terus la dari sensei cara-cara nak buat lab pe semua. memang mencabar jugak la. nak buka suis mesin yang aku kena guna tu pun banyak betul step yang aku kena ingat. serius dah macam culture shock plak. yela sebelum ni mana ada aku buat macam ni semua.

aku harap aku dapat buat dengan elok dan aku faham apa yang aku akan buat untuk 7 bulan akan datang. i want grad with flying colour. hehe. harap dapat result elok so boleh la aku sambung master nanti. aminn.

doakan untuk aku semua.


p/s : ni la gambar alat yang aku kena guna untuk buat tema yang aku dapat tu.


HOME | FACEBOOK | FLICKR | TWITTER | ASK ME