Pages

Followers

Saturday, 24 July 2010

Open Your Eyes

lama betul aku tak update blog aku ni..sori la lately aku busy study nak exam..hehe..Alhamdulillah coz aku dah tak lalai cam dulu dan aku agak selalu study jugak la..hehe..tengah-tengah study rasa plak nak rehat jap coz sekarang ni serius panas gila..tak pernah lagi aku rasa panas camni seumur hidup aku..aku tau, nanti ada orang cakap ni baru panas dunia, tak panas akhirat lagi..betol cakap dorang tu..tak salah pun..aku setuju sangat-sangat..

so, bila dah lama hati ni tak dibimbing terasa nak mencari sesuatu untuk mendapat bimbingan atau panduan..biasa la kadang-kadang iman dalam dada kita ni ada turun naiknya..bila aku lalai, memang aku lalai sangat, dan bila aku rasa aku perlu diisi dengan ilmu-ilmu agama, aku akan cari sumber-sumber yang leh tenangkan hati aku..

bila aku ada masalah, selain aku luahkan kat mak aku atau kawan aku, dengar-dengar tazkirah ni la yang membuatkan hati aku tenang..malu untuk aku nak menyatakan di sini tapi inilah hakikatnya..mungkin aku ni tak keluar "jemaah", tak ikut sangat usrah-usrah ni..tapi aku ada cara aku sendiri..aku tak cakap la aku ni baik pun sampai tak ikut dorang cuma ntah la..belum sampai seruan lagi kot..hehe..kadang-kadang aku kagum dengan orang yang keluar jemaah dan orang yang ikut usrah ni..kenapa lah aku tak cam dorang..

tapi satu jela yang aku rasa hairan dan pelik ar..sebelum aku cakap ni pun aku nak tegur untuk diri aku jugak ar..aku tengok orang yang keluar "jemaah" ni memang aku hormat sangat-sangat..hubungan dorang dengan Allah tu agak kuat la berbanding aku..tapi yang aku peliknya bila kaitkan dengan hubungan manusia, orang-orang yang keluar "jemaah" ni terok sangat..bukan terok ar lemah ar..kenapa tak jaga hubungan antara manusia tu macam dorang jaga hubungan dengan Allah??dorang kena tau hubungan antara manusia tu penting jugak..ntah la..kadang-kadang tu sampai tak reti nak jaga mulut..main lepas je apa yang nak cakap..mungkin dia fikir semua orang cam tak kisah apa yang dia cakap tapi dia kena tau jugak bukan semua orang sama..kita tak leh nak bagi orang faham kita kalau kita tak faham orang lain..

pernah dulu ada satu kisah masa zaman para sahabat..seorang perempuan yang tak pernah tinggal solat tahajut ni tak dapat masuk syurga coz dia selalu menyakiti hati jirannya..so, tak ke korang rasa rugi??amalan yang sebegitu besar terjejas dengan perkara yang camni??so, aku harap korang semua ambik iktibar ar..termasuk la diri aku ni..

dan lagi satu aku peliknya ialah bila tengok orang yang kapel-kapel ni..serius aku jelos coz aku tak kapel lagi..hehe..ada la kawan aku ni..tegur awek dia jangan pakai ketat-ketat sangat..bagus la kalau cam tu..aku kagum jugak ar..tapi yang aku peliknya..duk tegur awek jangan pakai ketat-ketat tapi dia sendiri dok pakai seluar pendek..pe kes??!! tak rasa salah ke??

entah la aku pun tak tau nak cakap pe..ni jela yang aku nak kongsi dengan korang..benda ni dah lama dah aku nak tulis tapi tu la mungkin aku tunggu masa yang sesuai kot..sama-sama la kita renungkan..kalau aku ada salah apa-apa mintak semua orang tegur aku..aku ni hanya insan biasa je..bukan orang biasa..hehe..harap semua buka mata..

p/s : sekarang tengah mood insaf sebab tu tulis pasal ni..dah nak exam ni aku nak minta maaf kat sapa-sapa kalu aku ada wat salah..dan doakan aku exam nanti...mintak-mintak leh wat coz pas tu nak enjoy puas-puas..hehe



HOME | FACEBOOK | FLICKR | TWITTER | NAK TANYA?

2 comments:

gajetdijepun said...

ngeh ngeh :D

Hzwan Hammad said...

haha..sama2 ambk iktibar..