hari ni aku nak cerita pengalaman baru yang aku kena pagi tadi. serius tak leh lupa kot. sebelum tu aku nak tanya korang pernah tak naik kereta atau moto, tiba2 habis minyak? aku pernah kot, pagi tadi. serius masa tu dah gelabah dah. dah la baru separuh jalan nak sampai universiti aku. tiba2 minyak dah habis. tak pasan la plak minyak nak habis masa tu. silap aku jugak ar. dah la kelas mula awal. aku plak jenis suka bertolak cukup2 masa dari rumah aku. so, bila dah habis minyak tengah jalan ni memang aku masuk kelas lambat ar. dah la habis minyak tengah2 jalan. pas tu masa tolak motor aku tu malu gila kot.
tapi nasib baik pakai topi keledar. dapat cover muka aku. haha. sekarang kan dah nak masuk musim panas. so, pagi2 pun agak panas kat sini. memang berpeluh ar aku tolak moto aku tu. masa tu dah rasa down dah nak pi kelas, tapi dah sampai setengah jalan kan. tolak la sampai universiti. yang paling aku tak leh lupa masa nak lintas jalan. dah la lintas kat tempat 'zebra line', tapi aku lintas jalan tolak moto. haha. serius malu gila. bila dah tolak lama sikit, tengok2 ternampak ada stesen minyak. apa lagi isi full tank terus. bila dah isi minyak pun moto wat hal pasal susah nak start. mungkin pasal kat bahagian enjin minyal kering terus, so perlukan masa sikit kot untuk minyak tu terisi kat bahagian enjin.
orang kat stesen minyak tu plak tak sabar nak aisatsu (bagi salam) pasal aku start enjin lama gila. haha. bila enjin dah start apa lagi pecut ar guna moto 50cc aku tu. haha. selepas tolak moto apa semua tu, rupa-rupanya aku lewat masuk kelas 5 minit ja. tapi serius rasa lama gila masa tolak motor tu. pengajaran, selepas ni pastikan kenderaan anda sentiasa ada minyak untuk kesenangan pada masa hadapan. #pesanankhidmatmasyarakat.
p/s : tengah update dalam kelas. bosan plak dengar lect ni cakap benda yang aku tak faham. haha
HOME | FACEBOOK | FLICKR | TWITTER | ASK ME
2 comments:
hahahaha kesian kot! aku xpernah lg kot kalo moto...keta slalu gak laa. ala keta sewa mna betol pn meter de.tup2 keta stop abis minyak haish seb bek nek keta
haha. aku 1st tym kot. kereta jrg psal aku jrg bw krta. hehe
Post a Comment