ini adalah entri aku yang ke 100 aku post dalam blog JUSTERU aku ni. dah setahun lebih dah usia blog aku ni. cepat sungguh masa berlalu. update terkini, sekarang ni aku tengah dalam kelas yang sangat bosan. kelas ni takda exam. just pergi dengar dalam 2,3 kali apa yang sensei cakap dah leh dapat kredit. so kelas macam ni memang besh la tapi serius bosan tak faham apa yang dorang cakapkan. kalu faham pun mesti tak sampai pun 20%. sikit bukan? pasal yang tak faham ni pasal sensei2 yang duk bagi ceramah ni datang dari uni-uni yang power2 macam Tokyo University, Tokyo Institute of Technology, Nagoya Institute of Technology dan uni2 yang lain.
so, selalunya dorang selalu bagi ceramah pasal kenkyuu (lab) yang dorang tengah wat sekarang. mana la aku nak faham. dah la kebanyakan guna perkataaan kimia yang aku tak belajar lagi. kalau orang2 Jepun mungkin ada yang faham kot. so, pilihan yang aku ada sekarang ni masa dalam kelas, aku akan ber'twitter', main game kat iPhone aku, pinjam novel kawan aku atau upadate blog macam sekarang. oh, lupa ada satu lagi. kalu aku tak wat semua tadi mungkin aku tidur. haha. itu pun kalau dah bosan sangat la. aku tak suka sangat tidur dalam kelas. biar buat kerja lain lagi dari tidur dalam kelas. tapi ramai jugak budak2 Jepun ni tidur. siap bunyi berdengkur pun ada. memang tak patut.
tapi yang paling tak besh dalam kelas ni bila part kena wat repot la. akhir2 kelas dorang akan suruh buat repot pasal apa yang dorang ajarkan. so, masa ni memang hentam habis2 ar. berpandukan kertas yang dorang bagi masa dalam kelas, aku pun hentam je tulis apa/ yang patut. kalau yang leh refer internet besh sikit. banyak sikit maklumat. kalau takda benda nak refer tu la perit sikit. ambil masa jugak la nak buat repot ni. tapi last2 hantar jugak tak kisah dah betul ke salah. haha. ok la nak sambung balik dengar sensei ni cakap. kesian plak dengar dia cakap sorang2. haha.
p/s : actually aku baru je bangun tidur tadi. haha
HOME | FACEBOOK | FLICKR | TWITTER | ASK ME
No comments:
Post a Comment