Pages

Followers

Wednesday 9 June 2010

Nothing

erm..agak lama jugak la aku tak update blog aku ni..kebelakangan ni takda cerita menarik yang berlaku dalam hidup aku..so aku pun takda idea nak tulis apa..hehe..lagipun minggu ni memang aku busy dengan exam..erm..tak la busy sangat dua paper je tapi tu la dah study last minit memang la takda masa bila nak cover semua skali..huhu..

tahun ni universiti aku bertukar dari tiga sem ke dua sem..memang tak biasa lagi la dengan sistem dua sem ni..dah elok-elok sebelum ni tiga sem, monbusho (cam kementerian pelajaran kat jepun la) dorang suruh universiti aku tukar jadi sistem dua sem plak..hurm.. (>_<)..alasannya nak bagi sama dengan uni-uni yang len supaya tak serabut nanti..untuk pengetahuan korang kat jepun ni ada dua uni je yang ikut sistem tiga sem ni iaitu uni aku dan skuba university..tapi skuba university tu still je tiga sem..kenapa lah monbusho tak tukar semua uni jadi tiga sem je..kan senang..haha..

banyak kelebihan uni tiga sem ni..contoh-contohnya:-
  • SUKATAN PELAJARAN TAK BANYAK....so sapa-sapa yang jenis suka study last minit cam aku ni sangat sesuai la untuk masuk uni tiga sem..hehe
  • SETIAP MUSIM ADA CUTI....bila dah masuk sistem dua sem ni uni aku dah takda cuti musim luruh..so tak best sangat la..lagipun gambar musim luruh tahun lepas pun aku tak sempat ambik puas-puas..huhu..kat sini aku paling suka autumn dan spring..pasal masa musim ni bagi aku musim yang agak menarik la kat jepun ni..kalu spring terkenal dengan bunga sakuranya dan kalu autumn terkenal dengan koyou (daun kering??betol ke aku translate ni..hehe)masa ni kalu nak ambik gambar memang lawa-lawa ar..winter best jugak cuma sejuk sikit la..so time tu kalu tingkap bilik terbuka sikit pun memang dah menyumpah kot aku rasa coz sejuk sangat..haha..lupa plak winter best coz leh men snowboard..tahun ni aku berazam nak power main snowboard..sebenarnya dah power cuma nak upgrade skill sikit je..hehe..eh, aku rasa aku dah lari tajuk sangat ni..sori..hehe
ni je yang aku leh bagi contoh kelebihan uni tiga sem ni..sebenarmya ada banyak lagi tapi tak kan nak tulis semua kot..haha..tapi yang tak best uni tiga sem ni satu je aku rasa tapi aku tak kisah sangat pun..iaitu cuti uni aku tak sama dengan cuti-cuti uni yang lain..so kalu nak jumpa kawan-kawan tu agak payah jugak la..bila aku ada exam kawan-kawan aku takda..bila aku cuti dorang plak ada exam..so agak payah jugak ar..

tapi dengan sistem dua sem ni dalam banyak-banyak aku tak puas hati pun aku agak bersyukur jugak coz tahun ni raya ada dalam cuti summer aku..so best sikit la coz leh raya kat malaysia tahun ni..tahun lepas pun aku raya kat malaysia jugak cuma kat kedutaan malaysia ar..haha..masa raya kat sini tahun lepas memang agak sedih jugak ar..sebenarnya tak la sedih sangat pun coz ada kawan-kawan tapi bila dorang mula pasang lagu raya masa malam raya tu memang dah sampai limit dah..dalam hati dah sedih dah..tapi takda la sampai nak nangis..hehe..masa tu baru faham perasaan orang tak leh balik raya kat kampung..huhu..tapi takpe..tahun ni aku nak raya kat malaysia puas-puas..haha..

eh, dah jauh sangat aku melencong ni..tapi takpe la..bayar balik apa yang aku tak tulis sebelum ni..hehe..erm, tu je kot aku rasa untuk kali ni...

p/s:kat sini aku sertakan gambar aku masa mula masuk uni tahun lepas..hehe

ni la salah satu bangunan kat universiti aku

ni masa zaman muda-muda..haha

aku dan kawan-kawan yang sama kos dengan aku

8 comments:

L.I.F.E.1.2.3 said...

3 sem??? best nya...tp 1 sem bp bln?

Hzwan Hammad said...

sem bru ni ke mksd hg??kalu sem bru 1sem 4bulan..lama kn??dlu 1sem 2bulan lbh je..huhu

eriecz said...

hahaha~~
welcome to 2sem world~
pasni xbleh ko berlagak dgn cuti2 ko. haha~~

daun kering? lol~

selamat beraye kt msia thn ni.
kirim duit raye sket aku ye,
manager-san.

Anonymous said...

oo same gk ngan uni aku..dieorg pun nak tkr ke semester system..tp start 2013 la..dh grad dh time tu..ngehehe so xsmpt pun.. :P

L.I.F.E.1.2.3 said...

owh...lbey kurg cni ar...1 sem 2 bln??? cpat nya...tp skrg dh sma ngn ak 1 sem 5 bln~ ;p

Hzwan Hammad said...

sya:haha..2 la kalu x boleh brlagak dgn ko..hehe..salah ke aku yaku 2??kalu kt bm pe??hehe..nk duit rya kena dtg rya rumah aku ar..hehe

zzah:yeke??npe smua nk tkar jd 2sem ni..apa slah uni 3sem ni..huhu

izyani:aik hg 1 sem 5bulan??lama gila..hehe

L.I.F.E.1.2.3 said...

eh2...xdak la exactly 5 bln hehehehe...4 bln lebey ja hahahahaha

*saja nk bg nmpk lma*

Anonymous said...

tulah..bes ape 3 sem kan..tp mmg cpt gile aa syllabus..tp bes sbb pendek :)